Hari minggu yang sibuk dan penuh halangan namun semuanya berakhir dengan baik.  Bermula seawal pagi, bila anak bongsuku Husna demam dan panas badannya tiba-tiba naik.

Selepas makan bubur, suamiku berhasrat nak membawanya ke klinik.  Katanya cuma dia saja yang pergi sebab dia nak terus ke rumah kawannya yangbaru meninggal petang Sabtu sebab accident.

So aku menemankan anak ku yang sorang lagi belajar sambil melayari komputer. Bila mereka balik around 1000 rupanya mereka hanya sempat membeli roti canai.  Katanya semua klinik yang dikunjungi tutup.

Lepas makan aku tak puas hati sebab aku tahu ada sebuah klinik yang memang buka on Sunday.  Tak boleh salahkan suami sebab both h.phone tak boleh call out sebab tak ada kredit dan masa melayari internet tadi aku tak dapt top up sebab aku perlukan h.phone suami untuk dptkan one time password bila guna account dia.

Semua rushing.  My boy yang belajar di Miri maybe akan singgah Bintulu but kami tak sure coz jadual bas tu pun kami tak tahu dan aku terlupa tanya masa berbual dengan anak melalui telefon malam tadi.

To make it worse, fuel hampir kering, kena singgah station minyak yang memang busy masa hujung minggu ni. Dalam kereta semasa suami memandu aku dah beritahu rancangan aku.  Dia akan pergi ke klinik yang aku tahu memang buka tu, and aku bersama anak yang sorang lagi pergi ke atm mesin kat bank yang just sebelah klinik tu.

Kawasan klinik dan bank tu agak crowded, terpaksa parking agak jauh.  Well memang banyak betul halangan hari tu.  My hubby dan Husna yang demam dah masuk klinik, but aku stuck outside atm mesin coz pegawai bank tengah sibuk mengisi wang ke dalam mesin selain dari service mesin mereka.  Aku berdiri betul-betul depan pintu cermin yang berkunci, just to make sure aku orang pertama masuk. Punyalah ramai nya manusia yang berdiri kat belakang aku, almaklumlah minggu payday.

At last, after one hour guard bukak pintu, aku apa lagi macam nak melompat kena tolak dari belakang.  Tak perasan pulak mesin yang aku pergi tu tergendala, so aku terus berdiri belakang the next man kat sebelah, potong line la ni! Bagus betul perangai aku pagi ni…

Keluar dari klinik suami dan anak masih tunggu giliran, so aku keluar klinik nak call cikgu-cikgu yang mengiringi kontigen taekwondo anak aku tu.  Rasanya sorang guru pengiring tu aku pernah jumpa masa kat hospital besar Miri somewhere May this year.  Masa tu anak lelaki ku asma dan cikgu tu pulak bawak budak yang patah tangan semasa berlatih sukan di sekolah.

Dah 1200 but masih tak dapat menghubungi h.phone guru tu.  Dah hampir 7 kali aku dial. Lepas ambil ubat kat klinik yang mahal chargenya tu, kami bagai orang masuk larian merentas desa menuju ke kereta.  Agaknya mesti orang yang melihat kami tu tahu yang kami ni tengah mengejar waktu, sebab tu mereka beri laluan bila aku hampir nak langgar semua orang yang menghalang perjalanan aku ke kereta.

Pergi ke KFC yang paling hampir dengan terminal bas, nasib baik tak ramai orang. Pun  aku masih panic takut terlepas bas anak aku.

Masa sampai kat terminal bas, baru dapat bercakap dengan guru tersebut.  Rupa-rupanya kami masih ada 45 minit sebelum mereka tiba.  Haus dan lapar kami lepak dalam kereta sambil makan.

Oleh kerana terminal bas ni kat tengah kawasan shopping, aku bawa anak ku yang tak demam tu berjalan kaki ke supermarket nearby.  Just nak beli mineral water dan kuaci.

Seronoknya bila nampak muka anak lelaki ku yang semakin membesar ni.  Saiz badan dia memang agak kecil namun sejak tinggal di asrama, aku rasa ketinggian nya dah bertambah cuma masih kurus seperti dulu.

Guru yang mengiringi kumpulan ni pun turut berbual dengan kami.  Peramah dan baik hati sungguh guru lelaki dan perempuan tu.  Bagai bertemu sahabat lama bila berbual dengan mereka.

Tak terasa masa cepat berlalu.  Bila pemandu membunyikan hon barulah aku perasan betapa aku begitu cemas sepanjang pagi dek kerana nak menatap wajah anak yang sorang ni.  Tak jadi nak cium dahi anak takut dia malu di perhatikan oleh rakan-rakan tapi pegangan tangannya hampir tak ku lepaskan.

Dah selesai bab yang penting, now beli barang-barang keperluan exams anak-anak berdua ni pulak.

Suddenly my hubby said nak pergi menziarahi rumah kawan dia yang sudahpun di kebumikan  semasa kami sibuk dengan urusan kami  tadi.  So masa my hubby masuk dan menyerahkan sedekah, aku memilih duduk dalam kereta kerana pakaian ku tak sesuai untuk menemui orang yang sedang berduka.  Nasib baik parking kereta agak jauh.

Kawan suami ku tu sebenarnya accident di Sarikei.  Dia berpindah ke cawangan bank Sarikei beberapa tahun dahulu sebab isterinya seorang jururawat, bertugas di sana.  Aku terbayangkan anak-anaknya yang masih kecil.

Dalam perjalanan pulang ke rumah jam 230 petang, kami langsung senyap melayani fikiran masing-masing.  So lepas makan apa yang ada di bawah tudung saji, walaupun keletihan aku terpaksa menemankan anakku belajar sedangkan Husna yang demam dan my hubby seronok diulit mimpi …………..