Kenapa

..mengapa…apa salah ku?  Bila suami atau tunang dan kekasih meninggalkan kita, itulah pertanyaan yang selalu kita tanya kepada diri kita sendiri.  Apa kekurangan aku berbanding wanita baru tu, buruk sangat ke aku.  Selama ini aku setia dan menurut segala kemahuannya….bla…bla….bla…

STOP!!!<!–
Jangan menyalahkan diri anda lagi.  Ini boleh menyebabkan anda stress dan gila kerana seorang lelaki. Nak menangis berapa lama lagi?  Nak menunggu hingga bila?  nak merayu? atau ugut nak bunuh diri?  Sudahlah……, cinta tidak boleh di paksa.  Sukar melupakannya, banyak kenangan manis ketika bersama, dia terlalu baik dahulu…Kalau terlalu baik kenapa dia tinggalkan anda?
Jadi cari segala keburukannya jika hendak melupakannya.  Pada saat anda di tinggalkan maka itulah keburukannya yang paling teruk.  Memanglah dulu dia baik, tapi fikirkan apa yang berlaku sekarang.  Dulu adalah sejarah, tetapi masa kini adalah realiti.  Biarpun  anda seorang yang setia dan baik, dia telah pun pergi. 

Dialah yang rugi dan patut bersedih kerana tidak dapat menilai kebaikan anda.  So what???  Anda tak dapat hidup kerananya?

Lihat di luar sana.  Berapa ramai wanita lain yang pernah menderita seperti anda.  Berapa lama mereka menahan penderitaan itu sebelum mereka bebas dari kekejaman sebuah ikatan rumahtangga.  Rumahtangga bukan setakat ada rumah dan anak-anak, pasangan perlu berkongsi segala-galanya tentang kehidupan berumahtangga itu.  Jika hanya anda seorang sahaja yang wujud disitu bersama anak-anak, sedangkan suami anda hilang entah ke mana, baiklah hidup sebagai ibu tunggal, jimat duit dan tenaga.  Air mata pun tak dibazir kerana seorang lelaki.

Jadi mungkin anda lebih bertuah kerana di tinggalkan seorang lelaki, berapa ramai yang tidak ditinggalkan tetapi menderita di dera fizikal dan mental mereka. Jadi masih nak bersedih?

Masalah anda sudah selesai sebenarnya jika lelaki itu meninggalkan anda.

Jadi mengapa harus bersedih lagi.  Banyak sangatkah kebaikan lelaki yang meninggalkan anda itu?  Atau anda takut kehilangan harta dan wang ringgit yang dibawanya pergi bersama?

Pedulikan dia lari ke arah wanita cantik mana.  Belum tentu kekasih barunya itu mencintainya sebagaimana anda mencintainya.  Biarlah dia merasakan nya nanti.   Sementara itu, tutup dulu buku tentang lelaki ini.  Buka mata dan minda anda.

Hello!

Tak tahukah anda, masih ramai lelaki diluar sana yang masih hidup solo dan tengah mencari pasangan seperti anda. 

Sibukkanlah diri anda dengan aktiviti harian.  Jangan menyendiri.  Jangan ingat kenangan bersamanya.  Ingat segala perangai buruk yang menyebabkan anda selalu merasa jengkel dengannya.  Ingat  segala perbuatannya yang selalu menyakitkan hati.  Pergilah berjogging ke, joinlah persatuan yang akan menyebabkan anda sentiasa sibuk, atau apa-apa bidang kerja lebih masa yang boleh menambahkan pendapatan.  Melancung, ini best jugak, yang paling penting lupakan dia…..