Peningkatan permintaan getah di pasaran dunia telah meningkatkan harga getah di pasaran dunia.  Ini sekali gus akan menaikkan  produk berasaskan getah  terutamanya tayar yang di jangka naik antara 6.5% – 8% bermula bulan ini.

Syarikat pengeluar tayar Yokohama, Toyo, Bridgestone, Pirelli, Michelin, Falken, Hankook dan Kumho mengumumkan kenaikan itu susulan peningkatan harga getah dan bahan mentah lain berasaskan petrokimia seperti getah sintetik dan karbon hitam yang menjadi bahan mentah utama menghasilkan tayar.