Category: keseronokan di asrama bila cuti bermula


Leganya bila dah sampai  kerumah.  Semalam saya sekeluarga bertolak ke Miri selepas mengambil anak yang belajar di sekolah rendah di Bintulu.  Perjalanan 2 jam dari Bintulu  ke Miri cukup memenatkan saya walaupun bukan saya yang memandu.

Sampai di Sains Sri Miri, suasana ‘balik kampung’ begitu meriah sekali. Ada yang dah menunggu di tempat duduk dibawah pokok di tepi padang.  Teruskan membaca

Hari Sabtu bermulalah cuti sekolah cum cuti raya. Ada sekolah cuti hingga 19 Sept 2010.  Ini bermakna mereka betul-betul cuti raya dan cuti Hari Malaysia.  Tetapi kebanyakan sekolah rendah cuma cuti hingga 13 Sept sebelum bercuti lagi pada  16 Sept untuk menyambut Hari Malaysia.

Kenapalah cuti kat Malaysia tak diseragamkan?  Nak bercadang  pergi mana-mana pun payah.Bagi ibubapa yang ada anak yang akan mengambil  UPSR tu memanglah suka cuti tak lama ni, takut anak dah mabuk kek dan air bergas, hilang pulak semua apa yang dah dipelajari selama ni.

Saya kena tunggu tahun depanlah.  Itu pun kalau UPSR masih ada.  Tahun depan memang stress abis.  Mana nak kena hantar kelas tambahan petang, malam pun kenalah pergi tuition, sebab buah hati yang sorang ni kalau belajar dirumah, matanya macam tahu je jam dah pukul 9.00 mlm.  Macam kena set. Baru letak kepala atas bantal dah terus tidur.

Saya dah beri warning awal-awal kat anak saya sorang ni, tahun depan tak ada lagi apa-apa aktiviti yang menyebabkan dia ponteng sekolah.  Sebab tu lah agaknya tahun ni dia masuk apa aje yang cikgu dia suruh.  Ada satu ketika dia memang tak ada dalam kelas hampir sebulan, sebab latihan pertandingan dan lepas tu kena bertanding  diluar Bintulu.

Sepandai mana pun anak kita, ibu bapa tetap risau. Yang tak berapa pandai kita nak dia lebih pandai. Yang memang top student takut dia lupa diri.  Kena jugak jadi ibu garang…..