Tahukah anda daging lembu termahal di dunia berasal dari Jepun.  Daging lembu Kobe adalah berbeza kerana tekstur dagingnya yang halus dan amat lembut.

Ia berasal dari  daripada  lembu Jepun yang digelar Wagyu ( ‘wa’ bermakna Jepun dan ‘gyu’ bermakna lembu).

Secara teknikalnya, daging lembu Kobe merujuk kepada daging lembu Wagyu yang dibesarkan dan disembelih di daerah Kobe, Jepun.

Lembu-lembu di sini di ternak di bawah keadaaan yang dimanjakan dengan urutan khas dan muzik.  Makanan lembu-lembu ini di kawal ketat dan dari gred terbaik sahaja.

Malah ada penternak lembu tersebut di China yang memberi lembu-lembu mereka  bir dan sake dan lembu-lembu itu mempunyai masa santai 10 jam dengan muzik dimainkan untuk mereka setiap hari.

Kini, lembu jantan Wagyu dipelihara di Amerika Syarikat dan Australia dan daging gaya Kobe mungkin berharga AS$200 (RM720) sekilogram.

Teknik ternakan yang teliti pada haiwan itu seperti memberi urutan selain diperdengarkan lagu antara faktor yang menyebabkan lembu wagyu hidup sihat dan kurang tekanan.

Dengan diet terpilih, semua regim itu menyebabkan daging lembu wagyu dikatakan lebih lembut, kaya dengan rasa dan berjus. Di Jepun, harga untuk 150 gram daging lembu wagyu mencecah AS$500 (RM1,554).

Populariti daging lembu wagyu menyebabkan beberapa negara yang terkenal dalam penternakan lembu seperti Australia dan New Zealand turut memelihara baka yang sama.