WALAUPUN dilanggar tayar kereta, telefon bimbit JCB Toughphone Sitemaster masih boleh digunakan.


di petik dari Kosmo Online-JCB Toughphone Sitemaster merupakan telefon bimbit paling lasak di dunia.  Gajet itu tidak rosak walaupun direndam di dalam air selama lapan jam.

Telefon ini juga tahan suhu panas sehingga 75 Celcius dan suhu beku -30Celcius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Jika telefon pintar iPhone keluaran Apple perlukan jagaan rapi, telefon yang mempunyai ciri-ciri lasak JCB Toughphone amat sesuai bagi mereka yang bekerja di tapak bangunan atau ladang.

Walaupun lasak, JCB tidak melupakan fungsi terkini pada telefon keluarannya itu seperti perkhidmatan Bluetooth dan perisian untuk memainkan muzik serta klip video.

JCB Toughphone juga boleh disambung pada komputer dan mempunyai radio FM tetapi ia didatangkan tanpa kamera.

Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula 130 gram.

Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak.