Aku nak komen dari dua sudut:

Pertama aku sungguh  kagum dengan kaum hawa.  Mereka sanggup korbankan diri mereka demi lelaki!  Jika lelaki tu seorang yang berakhlak mulia tak apalah jugak, tetapi lelaki ni seorang yang boleh di anggap gila atau mengalami masalah mental yang serius.   Inilah eloknya kalau bertunang dahulu sebelum berkahwin, kenal dulu hati budi pasangan anda dan buat keputusan bila dah betul-betul serasi.

Kalau dah terlanjur kahwin, bubarkan saja perkahwinan tersebut sebelum tubuh hancur dan berkecai jadi sambal belacan.  Hidup sendiri lebih baik dari menjadi isteri orang gila macam tu.

Dari sudut lain:  Agaknya stress sangat kerja sebagai pemandu teksi tu.  Bagi aku yang cuma memandu lebih kurang 3 jam sehari kerana menghantar anak dan suami sekolah dan bekerja, memandu memang kadang-kadang membuat aku stress.  Apalagi bila terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas.  Ini baru di Bintulu, agaknya di KL lagilah tinggi stress pemandu di sana.

Aku tak nak komen tentang keganasan yang dilakukan lelaki  tersebut namun bayangkanlah perasaan anda bila berada di tempat lelaki tersebut.  Cemburu memang satu penyakit yang boleh membuat seseorang itu membunuh.  Mungkin isteri lelaki ni lawa sangat dan peramah pulak.   Kalau dah isteri tu lawa sangat, suruh saja dia berhenti kerja dan ikut sama duduk kat depan teksi tu.

p/s :Penyakit cemburu ni memang payah nak di ubat.  Jadi jangan pilih calon suami/isteri yang terlalu lawa dan kaya takut nanti jadi rebutan orang .

Bacalah artikel tentang keganasan rumahtangga  ini di bawah:

myMetro | ‘Isteri beg tinju’.