Cara terbaik melindungi anak anda dari ancaman dunia maya ialah dengan mendedahkan mereka dengan segala informasi tentang bahaya dan risiko yang sentiasa mengintai mereka di internet.

Memang ada software parental control yang menawarkan penyelesaian yang  efektif untuk memantau  aktiviti  anak saat online. Namun tools ini hanyalah sebagai alat bantuan tambahan dan seharusnya tidak dijadikan ’satpam’ pengganti orang tua.

Anda silap jika anda merasa telah install software parental control untuk memantau kegiatan online anak-anak anda.  Mereka bukan sahaja boleh mengakses internet di rumah, malah mereka boleh meminjam PC rakan-rakan atau pergi ke siber cafe yang melambak dewasa ini.  Malah di zaman yang semakin canggih ini, anak-anak juga boleh berinteraksi  dengan orang lain dengan menggunakan telefon bimbit yang boleh terus mengakses facebook dan twitter.

Ada kalanya anak yang sudah menginjak remaja tidak suka jika orangtuanya  memantau aktiviti  onlinenya. Selain menggunakan sofware parental control gunalah cara lain yang lebih bijak seperti berikut. Sesuaikan dengan usia dan keadaan anak anda.

1. Jadilah temannya di Facebook/twitter

Pastikan anak hanya mempunyai satu akaun sahaja.  Anda perlu diberitahu tentang semua akaun yang ada jika terdapat lebih dari satu bagi memastikan anda dapat mengetahui aktiviti online anak anda.  Jadilah teman  facebook atau follower mereka di twitter .

Anda boleh menggunakan akaun facebook anda untuk menulis nasihat dan pesanan diprofile facebook anak anda.  Secara tidak langsung hubungan anda dan anak anda akan menjadi lebih mesra selain dapat memantau aktiviti online merekaa.

2.Kenali teman anak-anak dan ibubapa mereka

Mengenalai teman dan keluarga mereka adalah cara yang baik untuk memantau aktiviti anak-anak.  Mungkin sukar
untuk kenal semua ibu-bapa kawan anak-anak namun anda perlu mengenali rakan rapat anak-anak anda.  Mintalah nombor telefon mereka untuk tujuan kecemasan.
3. Tempatkan PC di area terbuka di rumah
Tetapkan peraturan walaupun anak anda mempunyai laptop sendiri bahawa mereka perlu melayari internet di tempat terbuka seperti ruang tamu .  Ini akan menghalang niat mereka yang ingin melayari web-web yang tidak sesuai dengan mereka.
4. Awasi Twitter, Facebook, YouTube dan Foto
Kejadian buruk seperti cyberbullying (aksi pelecehan via internet) tidak hanya terjadi di Facebook. Cubalah awasi foto-foto apa saja yang diposting anak, apa yang mereka baca di internet, apa yang mereka tweet dan retweet, apa yang mereka lihat di YouTube.
5. Check kandungan handphone mereka secara random
Check  kandungan handset anak anda secara random. Periksa foto dan video apa saja yang ada di dalamnya, jam berapa anak sms dan menerima sms, apakah ada yang mengancam anak anda, dan lain-lain. Anak akan menunjukkan gelagat yang mencurigakan jika di handphonenya terdapat gambar, video, ataupun pesanan aneh sehingga akan berusaha menolak jika orangtua ingin melihat isi kandungan handphonenya.
6. Check history browser
Sama seperti handphone,check  history log browser yang digunakan anak Anda. Kalau anak menghapus jejak mereka ber-internet agar tidak dicurigai orangtua, maka anda perlu lebih waspada mengawasi aktiviti yang dilakukan anak saat online.
7. Buat aturan waktu
Ini  perlu untuk penggunaan handphone dan  komputer. Sama halnya peraturan tidak boleh menonton tv jika belum menyiapkan kerja rumah(homework), semasa makan atau setelah jam 900 malam.
8. Hari bebas handphone/internet
Jika perlu, buatlah kesepakatan tentang hari bebas handphonel/internet, mungkin satu hari seminggu atau untuk beberapa jam tertentu  saja dalam seminggu.Ianya mungkin ketika anda sekeluarga tengah berlibur  bersama .
9. Jadilah sahabat
Orang tua harus rajin berdialog dengan anak tentang bahaya predator dan cyberbully, risiko berkongsi  foto dan pesanan yang bersifat cabul, pentingnya pengaturan privasi. Biarkan mereka tahu mengapa anda melakukan semua ini, jelaskan alasan-alasannya secara terperinci  dan jangan lupa beri kesempatan kepada anak untuk menyuarakan keberatan atau masalah mereka. Jangan ragu untuk berkompromi, namun harus tetap berpegang teguh pada aturan-aturan yang anda anggap penting.

Sebagai orang tua, kita tidak dapat terus-menerus mengawasi anak kita  kerana mereka semakin membesar dan mula belajar hidup berdikari. Jika kita ingin mendapatkan kepercayaan dan anak berterus terang kepada kita, mulailah ajak anak berdialog dan suka berbincang dengan anda semenjak mereka kecil lagi dan tunjukkan kalau kita mempercayai mereka.