Memetik berita dari   S. Update,  Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr. George sebagai berkata yang ibu bapa SM Sains Miri tidak perlu bimbang mengenai cadangan pemindahan sekolah tersebut  kerana ia hanya sementara.

“Mereka hanya dipindahkan selama dua tahun, bagi membolehkan pihak kerajaan membina semula sekolah itu,” katanya ketika ditemui di Miri hari ini.

Beliau beri jaminan, kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan asas termasuk bekalan air dan elektrik untuk keselesaan warga sekolah yang terpaksa berpindah ke situ.

Malangnya bukan masalah kemudahan asas yang menjadi sebab utama para ibu bapa menentang habis-habisan  cadangan yang di anggap tidak logik tersebut. Sepatutnya Dr. George Chan, malah Ketua Menteri Sarawak dan jika boleh Menteri Pelajaran sendiri patut hadir pada mesyuarat tertutup pada 27.12.2010 tersebut.

Dua tahun?  Ianya bukanlah jangka masa yang lama jika tidak melibatkan jarak dan keadaan kehidupan anak-anak yang berada di Tinjar.  Bagi yang akan berada dalam tingkatan 4 dan lima tahun depan, mereka akan menghabiskan tempoh terakhir persekolahan menengah mereka di sana.  Pun, bukankah SMK Tinjar juga pernah terkenal sedikit masa dulu di sebabkan pembinaannya yang lambat di siapkan?

Tidak mungkinkah perkara yang sama akan berulang?  Kita boleh menjangka 2 tahun, namun tempoh sebenar cuma akan di ketahui kemudian.  Jadi jika tempoh tersebut berlanjutan sehingga  5 tahun, maksudnya pelajar tingkatan 1 tahun depan pun akan menghabiskan seluruh masa persekolahan menengah mereka di Tinjar.

Persoalan lainnya, bolehkah kerajaan menyiapkan jalan ke Tinjar sebelum sesi persekolahan 2011?  Bagaimana pula dengan kemudahan hospital dan keselamatan  para pelajar?  Jangan bandingkan warga Sains Miri dengan pelajar luar bandar lain.  Jika pelajar  pedalaman bercita-cita hendak bersekolah  di bandar, kenapa pula pelajar bandar perlu di beri kejutan budaya untuk menghabiskan kehidupan persekolahan menengah mereka di ‘dalam’ pedalaman?

Sudah tentu para ibu bapa terpaksa memikirkan segala risiko yang bakal anak-anak mereka hadapi dan masalah yang terpaksa mereka tanggung bila memikirkan masa lawatan dan ‘outing’ anak-anak mereka.  Belum cukup lagikah para ibu bapa di bebankan dengan kenaikan harga minyak dan bahan asas baru-baru ini?  Perlukah lagi kos tambahan akibat kerosakan kereta dan minyak untuk melawat anak mereka kerana perjalanan yang sukar dan jauh itu?

Keputusan hasil dari mesyuarat tempoh hari adalah penamat bagi masalah ini?  INILAH kejutan yang terpaksa warga Sains Sri terima pada waktu mereka sepatutnya seronok untuk kembali semula ke sekolah yang menjadi kebanggaan mereka….

Penantian ini amat menyiksakan apalagi bagi ibu bapa yang  terpaksa bersiap sedia untuk mengambil cuti pada awal tahun 2011 nanti.  Jika keputusannya tidak seperti yang di harapkan,  mungkin ramai yang akan berurusan dengan PPD bagi memindahkan anak-anak mereka ke sekolah biasa.

Musnahlah segala harapan dan cita-cita ibubapa dan para pelajar yang ingin menjadi sebahagian dari kejayaan dan kecermelangan Sains Sri.