KUCHING: Rakyat di negeri ini diingatkan agar lebih-lebih berhati-hati jika mahu membeli produk susu teru­tama yang terdapat label ‘segar’ atau ‘organik’ kerana ia mungkin produk yang diseludup atau tidak diiktiraf kualitinya oleh agensi ber­tanggungjawab.

Ini kerana Sarawak ke­tika ini tidak membenarkan produk susu mentah dari Semenanjung Malaysia me­mandangkan ternakan tenusu di Semenanjung Malaysia buat masa ini diserang penyakit tangan dan mulut.

Pegawai Penguatkuasa Veterina Negeri, Dr Nicho­las Jenek berkata ketika ini Sarawak hanya mengimport produk-produk susu seperti susu dan daging ternakan dari negara-negara yang disahkan bebas daripada penyakit berkenaan.

“Kami membenarkan produk susu yang telah diproses diimport dari Se­menanjung Malaysia. Oleh itu, jika produk susu dari semenanjung dilabel ‘or­ganik’ dan ‘segar’ ia mesti dalam bentuk susu mentah, produk yang tidak dibenarkan dijual di Sarawak,” katanya menerusi temubual telefon dengan Borneo Post di sini, semalam.

DIPETIK DARI BERITA BORNEO POST.