Sejak balik dari Miri, line broadband  kat kawasan aku teruk.  Baru nak online, keluar ‘no server….’

Almost 4 hari keadaan berulang dan sepanjang tempoh tersebut aku betul-betul bengang. Katanya syarikat ni adalah rangkaian terbaik di Malaysia, tapi masalah ni betul-betul buat aku meletup.

At last aku call someone yang aku kenal yang bekerja kat syarikat tersebut.  Yang peliknya sebelah petang terus ok dan laju je …. Nampaknya kena sound baru mereka nampak masalah kita.  Entahlah, mungkin kat kawasan aku tinggal ni tak ramai pelanggan syarikat tersebut so they all tak kisah sangat kot.

Terfikir jugak nak guna brand lain but, bila fikir kos permulaan tu terus hilang mood aku.  kalau tukar line internet seperti tukar line handphone kan mudah.  Boleh switch bila-bila masa tanpa kos permulaan, guna je broadband yang ada, habis cerita.

May be in future, sistem komunikasi negara kita lebih maju dan kita sebagai pengguna lebih mempunyai pilihan.  Sekarang ni kita cuma ada beberapa syarikat yang lebih kurang saja service mereka.  Pi mai..pi mai tang tu jugak….

Sebagai pengguna kita nakkan perkhidmatan yang TERMURAH dan TERBAIK.