Tertarik dengan artikel ini saya ingin berkongsi dengan anda.  Jika anda terdengar bunyi yang mencurigakan semasa tidur atau bunyi seseorang yang cuba memasuki rumah anda, anda hanya perlu menekan  ‘alarm button’ kunci kereta anda.  Alarm kereta anda akan berbunyi sehingga menakutkan penceroboh yang cuba memasuki rumah anda.

Inilah sistem keselamatan yang sebenarnya sudah anda miliki yang tidak  memerlukan sebarang kos tambahan.  Bunyi alarm kereta anda akan membangunkan jiran anda dan yang paling penting menakutkan penjenayah yang cuba memasuki rumah anda.  Kongsilah idea mudah dan praktikal ini bersama orang lain.