Oleh kerana aku tinggal di kawasan yang lalu lintasnya sesak waktu orang turun dan balik kerja jadi aku akan cuba mengelak dari menggunakan jalan Kidurong menghala ke pelabuhan Bintulu pada waktu tersebut.  Bila hari hujan aku  lagi stress.

Hujan bermakna kemalangan akan berlaku di jalan yang selalu aku lalui ni.  Mesti ada sekurang-kurangnya satu kemalangan bila hujan turun.  Tak kisahlah hujan lebat ke atau hujan renyai-renyai.

Perjalanan yang mungkin mengambil masa cuma lima belas minit dari sekolah anak aku akan menjadi lebih dari satu jam bila hujan turun.  Apa yang amat menarik tentang jalanraya yang menuju ke pelabuhan ni ialah pengguna yang sudah biasa menggunakannya akan memandu di sebelah kanan dan  memotong di sebelah kiri.

Ha..ha..ha.sebabnya jalan sebelah kiri bergelombang dan berlubang jadi lebih selamat memandu disebelah kanan.  Begitu juga lah jika hendak ke pusat bandar.  Jangan salah sangka pulak.  Ilmu ni cuma sesuai bila anda memandu bermula dari traffic light hospital hingga ke pelabuhan je. Kawasan lain aku kurang pasti.

Satu lagi yang menarik di kawasan Kidurong ni ialah traffic light yang sepatutnya membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.  Traffic light ni langsung tak berguna bila berlakunya kemalangan yang menyebabkan kesesakan.

Pemandu tidak akan menghiraukan warna lampu bila tengah sesak ni.  Apa yang penting ialah kecekapan dan ambil kesempatan bila ada peluang untuk melepaskan diri dari kesesakan.

Paling aku suka sejak menetap di sini ialah bila traffic light rosak.  Langsung tak payah takut sebab perjalanan aku selalunya lurus je. Lain lah bagi yang terpaksa buat ‘U turn’, kenalah hati-hati.  Aku paling suka mengekori kenderaan berat bila traffic light rosak. Sure tak ada yang berani potong jalan.

Agaknya manusia menjadi semakin kurang bersopan di jalanraya di sebabkan kebosanan kerana terlalu lama menggunakan jalan yang sama, jalan yang selalu rosak dan sesak. Tiap hari guna jalan yang sama, melihat orang yang sama dengan keadaan yang sama dan warna lampu yang sama….BOSANnnnnnnnnnnn