Category: Kenangan puasa di Kuching(edisi sedih)


Ketika memandu balik dari bazaar Ramadhan petang tadi, fikiran ku tiba-tiba melayang jauh hingga ke Kuching.  Hujan lebat ketika  lampu merah di traffic light di simpang ke hospital mengimbau kembali kenangan tersebut.

Mana mungkin aku boleh melupakan pengalaman berpuasa seorang diri di rantauan.  Walaupun sebelum ini aku biasa berpuasa di Kuching tetapi  aku berpuasa di asrama Kolej Kediaman Siswi di Samariang ITMCS ketika itu.  Berpuasa sendirian ketika  semester akhir begitu  berbeza.  Aku mengambil keputusan untuk menyewa sebuah bilik di Jln Nanas kerana aku cuma mengambil satu subjek untuk semester tersebut.  Untuk menampung kos sara hidup dan perbelanjaan harian aku bekerja sebagai guru tuisyen di perumahan berdekatan.

Teruskan membaca

Cerita yang saya perolehi yang dikirim oleh seorang sahabat ini amat menyentuh hati saya. Buat diri ku dan orang-orang yang masih mempunyai ibu tentu cerita ini akan lebih mengeratkan lagi kasih sayang kita kepada ibu bapa kita.

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal…

Mak…..

Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari…..

Teruskan membaca