Gara-gara nak makan cendol di kantin sekolah, dua anakku yang belajar di sekolah rendah, keracunan makanan.  Mula-mula si adik yang termuntah dan sempat pulak ke klinik walaupun agak lewat.  Hampir tengah malamnya pulak si kakak yang termuntah dan bermulalah episod tidak lena tidur kami sekeluarga bila asyik bangun keluar masuk tandas.

Pagi tadi kami biarkan keduanya tidur dan berehat.  Ketika menghantar surat sakit di pejabat sekolah, rupa-rupanya ramai pelajar yang termuntah semasa sesi kelas kafa.  Ketika keduanya ku suruh bangun dan bersarapan pagi tadi, muka mereka nampak pucat dan si kakaknya nampak begitu tidak bermaya dengan panas badannya agak tinggi.

Aku terus mengambil keputusan untuk membawa mereka ke klinik dan sepanjang perjalanan setengah jam tersebut aku asyik berhenti di tepi jalan bagi membolehkan anakku yang bongsu muntah.  At last aku sampai jugak ke tempat yang di tuju dan setelah berpusing-pusing mencari parkir, akhirnya aku dapat jugak tempat letak kereta yang agak jauh dari klinik tersebut.

Kesihannya melihat anakku yang sorang tu hampir nak tumbang bila terpaksa berjalan ke klinik tersebut.  Sampai saje ke klinik, dia terus berlari ke tandas dan mengeluarkan segala yang ada dalam perutnya yang memulas sejak awal lagi.

Selalunya klinik ni memang penuh dengan pesakit, namun hari ni tak ramai pulak.  Rupa-rupanya suami aku dah menunggu kami sebaik aku memaklumkan tentang keadaan kedua anakku melalui telefon.  Nampak gayanya suamiku terpaksa memohon cuti hari ni.

Ketika aku online ni, semua mereka keletihan dan sedang lena tidur termasuk si suamiku yang memohon cuti tadi.