bila tiba masa kedewasaan mereka

sedang aku  semakin dimamah usia

inilah hasil kasih kita

yang kita harapkan di hari tua

bila tiba masa kedewasaan mereka

tersenyumkah aku nanti melihat mereka

melayari bahtera dengan taqwa

atau asyik leka dengan dunia

ketika kemuncak kehidupan mereka

sedangkan aku di hujung nyawa

adakah mereka dekat di mata

atau jauh kerana harta

doa ku untuk mereka

seperti dulu hingga akhir nyawa

kejarlah dunia hingga ke hujungnya

pun agama yang lebih utama

biar syurga dunia di depan mata

jangan pula leka neraka di bawah sedia ada

wahai nyawa ayah bonda

siapa pun kalian bila dewasa

bertakhtalah iman di dalam jiwa

tempuhilah gelora kehidupan dengan kesabaran dan doa

dunia dicari ilmu di timba

orang tua jangan dilupa

seperti juga solat dan puasa

rukun iman dan rukun islam

teguh di ingat sentiasa di buat

tentu pergi kami tidak sia-sia

bersama senyuman kerana berjaya

mendidik kalian hingga berjaya