Sedih dan terharunya aku membaca kisah wanita mualaf ini.  Bayangkan untuk menampung keperluan hidup diri dan anak seramai tujuh orang bukanlah mudah bagi sesetengah orang terutama yang tinggal di bandar.

Sedangkan orang yang bergaji RM 3,000 dengan anak seramai dua-empat orang pun terasa keperitan hidup di bandar, apa lagi seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pencuci pejabat dengan gaji sebanyak RM400 sebulan.

Aku selalu menyangka di bandar kaya seperti Bintulu ni tak ada orang Islam yang melarat, rupa-rupanya ada seorang ibu tunggal yang tengah bergelut memikirkan kehidupan dan masa depan mereka anak beranak.

Begitu aku yang tengah  merasa tertekan memikirkan masalah kewangan keluarga, rupanya nasib kami seribu lebih baik dari ibu tunggal ini.  Cuma aku sendiri belum dapat menghulurkan bantuan dengan sesi persekolahan yang semakin dekat ini.

Namun aku kira, di Bintulu tentu ramai mereka yang hidupnya mewah akan terpanggil dengan nasib ibu malang ini.  Cuma adakah mereka yang dermawan di Bintulu membaca kisah sedih dan pilu ibu ini?  Semoga Allah membuka hati umat Islam di Bintulu dan memberi kemudahan kepada ibu tunggal ini.

Ibu tunggal tujuh anak perlu bantuan.