Malam ini tepat jam 1200 hampir seluruh rakyat Malaysia akan menyambut  Hari Kemerdekaan negara kita.

Sejak 2 minggu lepas saya perhatikan ramai remaja di kawasan kediaman saya meletakkan bendera yang besar di belakang basikal mereka sambil mengayuh basikal mereka keliling kawasan perumahan.  Saya seronok melihat  semangat patriotik mereka tetapi bila melihat ada plastik di tangan mereka saya menjadi heran dengan semangat berkobar-kobar mereka yang pada masa yang sama mereka membunuh diri mereka yang menjadi harapan bangsa  secara perlahan dengan menghisap gam.

Sambil mengayuh basikal, sebelah tangan mereka yang memegang plastik  dan meletakkannya di hidung mereka.  Saya sangsi samada mereka sedar dengan apa yang cuba mereka sampaikan.

Kadang-kadang saya tertanya sendiri samada ibu-bapa remaja ini sedar tentang masa depan anak mereka.  Bagaimanakah nanti bila mereka semakin dewasa dan keperluan hidup mereka semakin meningkat sedangkan mereka masih khayal dengan dunia fantasi mereka.

Sekadar renungan untuk diri saya sendiri dan para pembaca yang mempunyai anak,  perhatikan buah hati kita supaya negara kita bukan sahaja merdeka dari penjajah tetapi juga merdeka dari menjadi jajahan di negara merdeka kita sendiri.  Jika pelapis kita sudah hancur, bagaimanakah nanti masa depan negara kita