Ianya lebih kepada berita sedih bila mendapat tahu berita ini.  Aku tak berminat dengan berita seperti ini apa lagi di hujung tahun ketika ibu bapa sibuk mengira kos persekolahan anak-anak.

Cuma tinggal kurang dari 2 minggu  lagi nak buka sekolah baru mendapat berita ini.  Dah lah cuti suami dah habis, kena pulak pergi PIBG meeting on Monday 27.12.2010 jam 2.30 petang.  Ini betul-betul kerja gila.  Kalau memang tinggal di bandar Miri tak pe jugak, ni some of the parents orang luar malah ada yang mungkin tak kan dapat tahu tentang berita ini.  Kalau meeting on Sat ni tak boleh ke?

Nak marah? tak tahulah…Yang pasti anak aku yang happy, sebab kalau jauh sangat sang ayah nak mintak tukar balik ke Bintulu.  Bila aku check kat internet tadi, SMK Tinjar, Lapok tu, 120 km dari bandar Miri.  Kerani SM Sains Miri kata lebih kurang 3 jam perjalanan, tak tertanya pulak perjalanan yang macam mana.  Seingat aku jalan ke Baram sungguh menyediahkan.  Paling jauh aku pernah pergi ialah kuala Baram, feri lama tu, ni dah sampai ke Lapok, aku rasa dah masuk dunia lain.

Agaknya pelajar-pelajar SM Sains ni nak di didik hidup susah agar mereka berjiwa rakyat bila dah berjaya nanti.Kenapa Pn Serina tak cadangkan saja SM Sains ni pindah ke Bintulu, letaklah kat mana-mana sekolah baru di bandar Bintulu, bekas sekolah yang puan tinggalkan dulu pun best jugak.

Yang penting sekarang ni, aku tengah pening memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal aku dengar masa meeting tu nanti.  Kalau setakat pindah ke sekolah di kawasan berdekatan tak apalah jugak.  Tunggu dan lihat sajalah….