‘Kuan Yew ketepikan agama’

Dipetik dari Utusan Malaysia-Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hairan dengan kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew meminta umat Islam negara itu longgarkan pegangan agama kerana beliau memang langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.Lihat kenyataan Lee Kuan Yew supaya umat Islam di Singapura melonggarkan pegangan terhadap agama Islam?

Dr. Mahathir Mohamad: Saya tidak hairan dengan kenyataan itu sebab bagi beliau agama tidak penting. Lebih-lebih lagi agama Islam. Bagi dia seperti kata mat salleh the end justify the means, jika beliau mahu supaya ada integrasi kaum di Singapura, maka beliau tidak boleh membenarkan Islam menjadi penghalang kepada matlamat itu. Itulah sikap Kuan Yew. Beliau langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.