Anda geli dengan lipas seperti saya?  Namun tahukah anda bahawa kita mempunyai perilaku asas yang sama dengan makhluk yang menjijikkan itu iaitu penggunaan tangan kanan.

Dalam kaji selidik yang dilakukan, lipas-lipas telah di lepaskan ke dalam tabung berbentuk Y.  Tabung terlebih dahulu di beri aroma vanila atau ethanol bagi menarik minat lipas-lipas untuk  menuju  ke arah cabang berbentuk Y tersebut.

Hasilnya 57% lipas yang mempunyai antena lengkap lebih memilih jalan ke arah kanan.  Pemilihan ke arah kanan ini juga tidak berubah mesti pun salah satu antena sensitif lipas di buang.

Ianya membuktikan bahawa binatang yang mempunyai otak terkecil pun memiliki keupayaan memilih arah.

Penemuan terbaru ini dapat membantu para biologi yang sedang berusaha mencari jalan kegunaan lipas semasa misi penyelamatan bencana atau sebagai cara dalam  membasmi hama.