Category: AWAS!!!!!


KUCHING: Rakyat di negeri ini diingatkan agar lebih-lebih berhati-hati jika mahu membeli produk susu teru­tama yang terdapat label ‘segar’ atau ‘organik’ kerana ia mungkin produk yang diseludup atau tidak diiktiraf kualitinya oleh agensi ber­tanggungjawab.

Ini kerana Sarawak ke­tika ini tidak membenarkan produk susu mentah dari Semenanjung Malaysia me­mandangkan ternakan tenusu di Semenanjung Malaysia buat masa ini diserang penyakit tangan dan mulut.

Pegawai Penguatkuasa Veterina Negeri, Dr Nicho­las Jenek berkata ketika ini Sarawak hanya mengimport produk-produk susu seperti susu dan daging ternakan dari negara-negara yang disahkan bebas daripada penyakit berkenaan.

“Kami membenarkan produk susu yang telah diproses diimport dari Se­menanjung Malaysia. Oleh itu, jika produk susu dari semenanjung dilabel ‘or­ganik’ dan ‘segar’ ia mesti dalam bentuk susu mentah, produk yang tidak dibenarkan dijual di Sarawak,” katanya menerusi temubual telefon dengan Borneo Post di sini, semalam.

DIPETIK DARI BERITA BORNEO POST.

memetik dari blog kelab greenboc:

Orangramai diminta waspada tatkala membeli beehoon terutama yang diimpot dari negara China.

Ini ekoran dari laporan bahawa sejumlah besar beehoon yang dihasilkan dari negara tersebut diperbuat dari bijiran yang rosak dan mengandungi bahan tambahan “carcinogenic” yang boleh menyebabkan cancer dijual berleluasa di selatan China, demikian berita dari AFP hari ini.

Terdapat hampir 50 kilang di bandar Dongguan di selatan China berhampiran Hong Kong mengeluarkan kira-kira 500,000kg beehoon tercemar setiap hari yang menggunakan bijiran yang rosak dan hapak, Beijing Youth Daily dipetik.

Pengeluar yang tertekan dengan kenaikan kos telah merendamkan untuk memutihkan beras yang rosak menggunakan kimia tambahan seperti sulphur dioxide dan lain-lain bahan yang boleh menyebabkan cancer untuk menghasilakan setengah kg bijiran ditukarkan menjadi tiga paun beehoon, tambahnya.

Beras yang bermutu rendah yang biasanya diuntukkan makanan binatang sebelum kenaikan harga barang-barang meningkat secara mendadak di China pada separuh tahun kedua 2010, lapor akhbar tersebut, yang menemuramah para pemborong..

Beehoon, sering digoreng dan dihidangkan bersama perencah daging dan sayuran merupakan makanan kegemaran di selatan China.

Beberapa minggu lepas, beberapa siri insiden yang melibatkan pengambilan beehoon tercemar telah dilaporkan di dalam media menjelang sambutan Tahun Baru dan Tahun Baru China – ketika pembelian makanan dan arak biasanya meningkat.

Awas risiko spa ikan!!!

Anda pernah mencuba rawatan seperti gambar di atas?  Namun tahukah anda, Kementerian Kesihatan UAE telah memberi amaran tentang bahaya rawatan kaki/kulit yang menggunakan ikan ini.

Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan dikatakan boleh memudaratkan kerana ia boleh menyebabkan penularan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.

Perkongsian penggunaan tempat dan ikan boleh menyebabkan beberapa penyakit   dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.

Malah teknik ini diharamkan di 14 negeri di Amerika Syarikat.

Lebih baik anda biak sendiri ikan kecil tu di rumah dan buat spa anda sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain.  Lagi selamat.  Jangan pelihara ikan pirahna sudahlah.

KUALA LUMPUR – “Tolong belikan ayah ‘top up’ (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit.”

Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.

 

Ikuti berita selanjutnya di sini:

Kosmo! Online – Negara.

Aku ingin berkongsi maklumat dari blog bujang susah ni dengan anda.

Penggemar air reverse osmosis (RO) dinasihatkan supaya berhati-hati apabila membeli air berkenaan daripada mesin jualan yang terdapat di merata tempat.

Ini berikutan penemuan beberapa mesin air RO yang diragui kandungan airnya, selain faktor kebersihan yang tidak terjamin.

Nasihat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) itu berikutan hasil penemuan empat mesin sedemikian dalam operasi bersepadu di negeri ini, semalam.

Dalam operasi berkenaan yang turut disertai pegawai Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd (MCM), empat mesin air RO, yang setiap satunya bernilai hampir RM6,000, turut dirampas.

Ketua Penguat kuasa KPDNKK Melaka, Abd Hafidz A Rahim berkata, mesin berkenaan dirampas kerana ketika pemeriksaan ia didapati tidak ditentusahkan (calibrated).

Menurutnya, kajian awal yang dijalankan menunjukkan bahawa walaupun mesin berkenaan mengenakan bayaran 20 sen untuk satu liter air, namun air diperoleh cuma sekitar 900 milimeter.

“Selain itu, walaupun mesin ini dikatakan sebagai mesin air RO, namun kandungan airnya meragukan,” katanya. – [SH]